Menurut
Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup
Bersyariat bahawa : Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam
satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada
zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar
ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh
dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak.
Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada
sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM. Pembahagian Solat Jamak Jamak Taqdim ialah
melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya
solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak
pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim. Jamak Takhir ialah
melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya
melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada
waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.
Hikmah
dan Hukum solat Jamak dan Qasar Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk
mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari
2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar
untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan
kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan
lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu.
Hukum
solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir
untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah,
nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak
menjadi masalah.
Syarat Jamak Taqdim Solat pada waktunya yang
awal seperti solat zuhur dan maghrib.
Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi
dengan perbuatan lain dari solat.
Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk
maka jamaknya tidak batal. Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu
kedua ketika masuk waktu solat pertama.
Berkekalan musafir sehingga selesai
kedua-dua solat.
Syarat Qasar Musafir :
- hendaklah tidak bertujuan maksiat.
- Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
- Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
- Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
- Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).
- Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
- Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
·
Niat
Solat Jamak dan Qasar Jamak Taqdim dan Qasar Zuhur-Asar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى “
Sengaja
aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar
tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja
aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai
kerana Allah Taala”.
·
Maghrib-Isyak
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja
aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana
Allah Taala”.
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى “Sengaja aku solat
fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana
Allah Taala”.
·
Jamak
Takhir dan Qasar Asar-Zuhur
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja
aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur
tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى
“Sengaja
aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai
kerana Allah Taala”.
·
Isyak-Maghrib
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا
مجموعا
إليه
المغرب
أداء
لله
تعالى
“Sengaja
aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib
tunai kerana Allah Taala”.
أصلي
فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja
aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah
Taala”.
Cara
Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat
jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya
Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
·
Solat
zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur.
·
Kalau
jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
·
Berdiri
lurus mengadap kiblat. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak
taqdim dan qasar.
·
Kalau
jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
·
Setelah
itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
·
Kemudian
berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
·
Berniat
untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
·
Kerjakanlah
solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
·
Kalau
qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka
hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja
tanpa menyebut qasarnya.

Kenapa Mesti Mendaftar Di V9Poker ?
BalasHapuskarna di V9Poker sedang ada Bonus SUPER GILA!
-Bonus Deposit New Member 150,000
-Bonus Next Deposit 10%
-Bonus Referral 20%
Dan yang tak ketinggalan V9Poker menerima deposit via pulsa loh!
V9Poker Menerima Deposit Via GO-PAY
BBM : D8A8E2BC
wa : 0823 6701 2535
LINE : V9POKER
poker88
poker99
judi via pulsa
judi via Go-pay
judi via ovo
judi via dana
deposit via pulsa
deposit pulsa telkomsel
deposit pulsa xl
deposit pulsa tanpa potongan
uang asli indonesia
situs poker online terpercaya
situs judi indonesia
bonus new member terbesar
bonus referral terbesar
bonus turnover terbesar
bonus deposit harian terbesar
bonus deposit Go-pay
judi poker online
judi capsa online
judi ceme online
judi domino online
judi texas poker
judi capsa susun
judi bandar ceme
judi super ten